Thursday, 14 November 2013

'Tak sangka menang tempat kedua'

Assalamualaikum

Dah lama ke tak aku update blog ni tolak ke tepi , tapi memang dah lama pun . Now aku tengah SPM so nak fokuskan untuk exam dulu . Before that nak share story dengan korang . Aku and satu team baru lepas menang tempat kedua main ting ting . Hahaha , maksud aku menang tempat kedua dalam Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 peringkat kebangsaan di Angkasapuri pada 31 Oktober 2013 .

Perasaan teruja ke gembira ke sedih ke semua ada dalam diri aku bila diumumkan pemenang . Actually aku tak sangka boleh menang walaupun video sekolah aku buat animasi sebab aku tengok banyak lagi sekolah yang hebat dan merupakan saingan aku ke kebangsaan ini . Terutamanya sekali dari Sarawak , Johor , Pahang dan Terengganu .

Masa nak bertolak dari Ipoh ke KL ambil masa lama la jugak . Mula mula aku ingatkan yang pergi ni empat orang je dengan cikgu cikgu semua naik bas , aku pelik la jugak takkan ramai tu je . Rupanya budak form 3 pun ikut sekali nak bagi sokongan gitu . Haaaa .

Masa dalam perjalanan nak ke KL singgah la kejap ke RnR , orang sekretariat SKMM pesan jangan berhenti kat mana mana takut tak sempat . Memang tak sempat la ceritanya sekarang ni . Jadual kena ada kat sana pukul 8.30 .

Kitorang semua berhenti pukul 7.45 . Tu baru kat Tanjung Malim kau . Jauh lagi , jalan punya jalan langsung tak sedar dah 8.30 dan masih dalam bas tak sampai KL lagi . Dalam pukul 9.00 macam tu baru sampai area KL , tapi sesat pulak dah tak tahu jalan ke Angkasapuri . Naaa , masalah datang lagi . Aku perasan dah jalan tempat yang sama dua kali , pemandu bas tengah cari jalan akhirnya baru sampai ke Angkasapuri . Baru sampai pukul 9.30 kauuuu . Habis masa breakfast . Haaa , cakap pasal breakfast kebanyakan pelajar tak breakfast lagi maklum lah kena ada kat sekolah sebelum subuh wey .

Sampai je sana kelam kabut turun nak masuk ke Auditorium . Yang orang SKMM nampak je pelajar SMK Rapat Setia terus meluru kat kitorang suruh masuk cepat . Pengetua Cikgu Anuwar pun kelam kabut . Masuk je semua dah penuh , haih tengoklah masa pukul berapa time dah mula tinggal nak tunggu VIP je , kira ni Rapat Setia sekolah terakhir yang datang

Majlis penyampaian hadiah ni disampaikan oleh Dato' Ahmad Shabery Cheek menteri SKMM . Pengacara majlis ni pula Shahril Sarapudin dan Alif Satar . Lepas dah VIP semua masuk , nyanyian Lagu Negaraku pastu diteruskan dengan persembahan tarian oleh Alam Wakaka Dance .

Kemudian CEO SKMM berucap di depan , disambung dengan persembahan Akim AF dengan lagu Janji dan Inilah Cinta . Semua excited dapat jumpa artis kot hahahaha . Lepas dah dengar pengacara berceloteh semua tengok pula persembahan tarian Malaysia LED Dance . Keunikan tarian ni menggunakan cahaya LED , suasana dalam Auditorium memang gelap time tu . Tapi enjoy habissss ! Dah selesai persembahan semua barulah Menteri SKMM iaitu Dato' Ahmad Shabery Cheek berucap . Habis je dia berucap majlis penyampaian cenderamata ataupun penghargaan kepada juri juri yang mengadili video dari setiap negeri . Saat yang dinantikan oleh semua pelajar , majlis untuk mengumumkan pemenang bagi tiga tempat utama sudah dimulakan . Mula mula umumkan pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5000 , iphone beserta trofi . Sekolah.. Sekolah Bestari Asia Pasifik !

Tempat kedua akan membawa wang tunai berjumlah RM 7500 , iPhone beserta trofi . Dimenangi oleh.... SMK RAPAT SETIA !!!! masa tu aku dah bersyukur dan tak sangka boleh menang tempat kedua . Alhamdulillah satu lagi kejayaan Rapat Setia yang mewakili Perak . Syukur yang amat . Dengan perlahan lahan bangun menuju ke pentas , salam dengan semua .

Kemudian masa untuk mengumumkan pemenang johan dalam Liga Remaja Kreatif . Masa tu kitorang dah ada kat pentas nampaklah sorang tu bawak cek tempat pertama tengok tengok Sekolah Luar Bandar Sibu 1 , Sarawak . Aku cakap dengan Adi memang dah agak diorang akan menang . Hadiah wang tunai RM 10,000 , iPad beserta trofi . Bila umumkan sekolah mereka aku tengok mereka pun tak expert akan menang . Aku tengok blog cikgu diorang , dia cakap diorang harapkan tempat ketiga atau kedua tapi tak sangkakan tempat pertama .

Habis je sesi penyampaian hadiah majlis pun bersurai . Semua pelajar berpusu pusu nak bergambar dengan Alif Satar . Termasuk lah cikgu cikgu dan pelajar Rapat Setia . Seronok lah sekolah menang . Cikgu Fazidah cakap tahniah semuanya lah , then cikgu cakap korang tak senyum je . Jawapan aku dan Adi nervous sebab tu tak senyum . Hahahaha , nervous apanya dah menang .

Kemudian bergambar ramai ramai sempena kejayaan kami . Then makan bersama menteri . Hanya ketua je lah yang layak makan semeja dengan menteri . Yang kitorang makan kat sebelah meja menteri je pun . Ada satu tempat kosong pastu ajak Pengetua makan . Actually ada dua tempat kosong boleh muat cikgu Anuwar tapi dah penuh dengan beg beg semua . Kitorang makan semeja dengan pelajar cina dari Penang .

Pastu baru dapat iPhone sorang satu . Sebelum ni kat pentas bagi satu je . Dah habis makan ada sesi interview . Macam artis pulak dah . Hahaha , dah habis semua . Enjoy jap nak happy kan pelajar yang ikut pergi ke Planeterium . Kalau tak semua nak ke KLCC tapi pemandu tu taknak bawak . Best jugak la enjoy puas puas kat sana . Dah selesai singgah ke RnR yang aku tak ingat nama tempat dia . Solat kejap beli KFC makan dalam bas . Pastu bertolak balik . Dalam pukul 6.00 baru sampai ke sekolah .

Jadi kesimpulannya itulah pengalaman kami semua . Actually bukan pengalaman sangat tapi kejayaan Rapat Setia yang telah dua kali mengharumkan nama sekolah . Sebelum ni Pasukan Puisi dan Lagu menang tempat ketiga peringkat kebangsaan . I just want to say thank you for my friends and teachers that had support me and my team untuk pertandingan ini . Hanya satu harapan kitorang harap tahun tahun akan datang ada pelapis untuk Rapat Setia .

SMK RAPAT SETIA !
SMKRS COMMUNITY !

Terima kasih juga kepada SKMM , KKMM , RTM , FINAS , KPM & SEMUA !!

*maaf kalau gambar kabur

No comments:

Post a Comment