Assalamualaikum
28 April 2015.
Tarikh yang bermakna buat aku dan rakan-rakan.
Tarikh dimana tamatlah perjuangan kami sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi Perlis.
Sedih.
Itu perasaan yang dapat aku kongsikan.
19 Mei 2014 tarikh aku melangkah masuk ke dunia kolej.
Dunia luar.
Siapa kata tak seronok belajar di sini.
Siapa kata?
Ya, dulu aku mengaku. Tak suka dapat kat Perlis.
Jauh, susah nak balik, macam-macam.
TAPI,
Itu dulu. Sekarang aku mengaku.
Belajar kat sini memang best.
Dapat ramai kawan.
Belajar hidup berdikari,
Aktiviti sentiasa terisi.
Pesan orang, jangan selalu 'tak suka'.
Jangan selalu 'benci'
Nanti lama-lama suka, terpikat.
Suka dengan suasana di Matrik Perlis.
Suka dengan kawan-kawan di sini.
Suka dengan semua kenangan yang tercipta di sini.
Ternyata perpisahan kali ini cukup menyedihkan.
Cukup menyakitkan berbanding ketika menamatkan waktu persekolahan.
Aku akan rindu semua kawan-kawan.
Rindu rakan sekelas.
Rindu rakan sebilik.
Rindu budak-budak aras.
Rindu pensyarah-pensyarah.
Rindu semua.
Rindu Matrik.
Rindu Perlis.
Moga, kita semua dapat berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment