Assalamualaikum
Di saat aku sedang bosan macam ni dengan tak tahu
nak buat apa jadi baik aku rajinkan diri untuk update post aku kali ni. Well,
this month will be the last month I at the KMP. Almost 10 months I survived myself
at here after my SPM result was announced. So far, when I studied at here,
macam-macam yang aku belajar. Belajar berdikari semua dengan sebelum ni tak
pernah masuk sekolah berasrama. Nah, kalau ikutkan rasanya ada je aku post
pasal aku kat matrik sebelum ni. But this time is different. I want to post it
sebab aku nak kumpulkan balik sepanjang aku berada di sini. Di sebabkan dah
alang-alang aku akan habis hujung bulan ni jadi aku pun rajinkan diri nak
update nanti bila ada kat rumah tak ada maknanya aku nak rajin update ni semua.
Dah sah sah aku akan malas. So let’s go.
Gambar formal satu kali. Ini keluarga A9T2. Satu kelas
dipecahkan dua kumpulan A & B
Masa mula mula melangkah ke kelas pertama. Rasa
macam nak balik. Tak nak belajar kat sin nak kena survive semua. But Alhamdulillah,
I did it. Dulu maasa sekolah Sara pernah cakap dekat aku dengan Aishah. “Kita
risau kamu dengan Aishah nanti bila sambung belajar. Mesti kamu tak biasa
dengan dunia luar. Kamu kan susah nak rapat dengan orang.” Hmm, rasanya itu
yang aku ingat KOT. Well mula mula tu kan memang apa yang Sara cakap tu memang
betul. Bayangkan setiap hari asyik kira bila nak balik Ipoh cuti semester. Time
tu dulu, tak habis habis kira berapa minggu lagi tinggal nak balik. Bukan aku
sorang je, semua classmate macam tu.
Pengalaman tak akan lupa pertama kali berpuasa tanpa
family. Masa time puasa dulu punya lah susah jugak nak gagahkan diri bangun
awal semua sebab sebelum ni semua mak uruskan. Time sahur, tak payah cakaplah. Masa
mula mula je rajin beli nasi semua untuk sahur. Masuk minggu kedua puasa dah
malas nak beli nasi sebab satu factor tengah malam baru jual time tu memang
malas nak menapak ke café. Lama kelamaan, sahur pun bantai apa yang ada je. Pernah
juga terlajak bangun sampaikan sahur minum air je.
Time ni berbuka puasa dengan clasamate a.k.a group
snow girl. Aku ni susah nak bawa berkawan, memang susah. Bila dah ada kawan
yang boleh jadi rapat tu ada lah sorang dua. Mimi, Syidah, Fatin. Lama lama
baru dah terjoin dalam group snow girl. Masa tu baru rapat, baru ada geng. Dalam
8 orang tak silap time tu. Aku pun masuk group tu lambat dah pun lama lama baru
cukup sepuluh ahli.
So kalau tengok gambar yang atas tu tu lah group
Snow Girl dulu kecuali yang tepi sekali belah kiri tu bukan. Masa masuk dulu
kelas ni hidup macam berpuak puak. Puak ni puak itu. Tu masa sem satu,
bayangkan classmate buat berbuka puasa makan pizza pun aku tak join. Haaa,
gambar tu pun time puasa lagi dua tiga hari nak balik. Hanya berbekalkan cuti
semester selama seminggu bersamaan cuti raya membuatkan aku menghabiskan cuti
sebaik baiknya di rumah. Padahal tak sedar lepas raya dah nak UPS 1.
Habis UPS, KMP anjurkan majlis merdeka raya. This is
the best moment ever kot. Hahaha, masa ni lah barusatu kelas bekerjasama
menghias meja untu dinilai oleh juri. Time ni lah, kita semua berseronok
sepanjang persiapan dan juga majlis berlangsung.
Nak kata gambar memang banyak. Sebabnya kan, iPhone
aku tu selalu menjadi rebutan orang untuk berselfie. Memang classmate semuanya
jenis suka berselfie. Pernah diorang cakap.
“Susahnya nak tengok Anis selfie.”
Aku kalau selfie memang jarang sikit. Kadang kadang
je mahu, itu pun ikut aku punya mood nak ke tak nak. Kalau beramai ramai aku
okay.
Time outing pulak, aku ni jenis susah nak outing.
Jenis malas nak keluar, jenis memang tak suka keluar sangat. Agaknya dah
terbiasa masa sekolah dulu kalau ada kawan ajak keluar memang jenis tak keluar
sebab mak ayah tak bagi. So agaknya terlekat lah sampai sekarang. Sem 1 sekali
je aku outing. Itupun Izz dengan Fatin yang beria ajak pergi main bowling
dengan makan. 50 habis dalam sehari sampai Izz cakap. “Anis, lepas ni mesti tak
nak outing dah. Sebab dalam sehari habis 50.” Hahah, Izz tahu perangai aku
macam mana.
Tu semua kisah masa semester satu. Masuk semester
dua. Hati dah kuat, dah tak homesick dah. Masuk semester dua. Kumpulan snow
girl yang dulu meriah dah tak meriah dah. Dah mula hambar. Masa tu dah mula
semua buat hal masing masing. Makan pun dah tak sekali. Dan time tu baru aku
boleh kata masa tu barulah kelas hidup berpuak. Tak adalah puak mana, Cuma ada
kumpulan masing masing lah. Dan tinggallah dari semua sepuluh itu hanya aku
berempat je yang kekal.
Ada lagi sorang tu Syafa sampai buat Group Delima.
Sehingga lah Syafa keluar dari matrik baru berempat balik. Masa ni perangai
memang gila gila lah. Izz aku panggil mak tiri sebab dia tu macam mak budak.
Nurin kakak tiri, Zie kakak betul lah kiranya. Hahah, bengong punya perangai. Dengan
Mimi, my baby, hahaha Ni Nurin punya kerja xD
Dalam kelas, yang selalu menceriakan suasana kelas
si Bok. Ada juga yang lain tapi si Bok nilah yang memang jenis suka menceriakan
kelas. Tambah lagi dengan perangai budak lelaki pun sama juga lagi haru kelas
A9T2.
Aku pernah tanya,
“Agak agak lepas matrik semua masih contact lagi?”
Dan aku tahu semua tak ada jawapan untuk itu. Itu
perkara normal dalam kehidupan, sedangkan lepas habis sekolah pun semua dah
senyap. Inikan lepas habis matrik memang susahlah nak contact balik kecuali
memang semua masih kekal dalam group kelas. And I hope so. Dan aku harap lepas
kita semua melangkah keluar pada 28 April nanti, kita semua akan berjumpa lagi
maybe tak pasti bila. Mungkin ada di antara mereka semua ni dapat sama
Universiti nanti. Dan aku kalau ada alat yang boleh tengok masa depan nak je
tengok perkembangan kawan sekelas semua. In Sha Allah, semua berjaya nanti.
Mesti ada yang dah jadi akauntan, ahli business and so on.
"Gambar kita semua banyak dalam komputer. Dah mencecah seribu. Tak apa untuk kenangan."
Bawah
dari kiri: Hakim Khairin,
Iman, Aiman, Amin, Iqbal
Tengah
dari kiri: Atikah, Bie, Azreen,
Shahir, Syafa, Aina, Arni, Emily, Syahidah, Nurin, Durga
Atas
dari kiri: Ibrah, Anis,
Khairunnisa, Nisa, Fii, Zie, Izz, Bok, Intan, Fatin, Mimi
Good luck Semua!! Jaga diri!
No comments:
Post a Comment